- Khidmat kebajikan dari segi kewangan;
- Membantu ahli Persatuan untuk membayar separuh atau lebih daripada sebarang kos untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh ahli Persatuan.
- Contohnya, kos hospital atau klinik (hospital/klinik kerajaan sahaja, hospital/klinik swasta dikecualikan ataupun akan dipertimbangkan berdasarkan
persetujuan Jawatankuasa.), kematian dan kos-kos lain yang difikirkan perlu dipertimbangkan dan adanya persetujuan daripada ahli-ahli Persatuan;
- Untuk ahli-ahli Persatuan yang sah sahaja (termasuklah keluarga ahli dan saudara ahli)
- Khidmat kebajikan dari segi kebendaan atau tenaga;
- Sekiranya ada ahli Persatuan yang memerlukannya dan difikirkan boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa;
- Untuk ahli-ahli Persatuan yang sah sahaja.
- Khidmat kebajikan yang lain mungkin akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli Persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

