pkkrs jbj
ENTER


PERKHIDMATAN
KEBAJIKANKEBUDAYAAN
  1. Khidmat kebajikan dari segi kewangan;
  • Membantu ahli Persatuan untuk membayar separuh atau lebih daripada sebarang kos untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh ahli Persatuan.
  • Contohnya, kos hospital atau klinik (hospital/klinik kerajaan sahaja, hospital/klinik swasta dikecualikan ataupun akan dipertimbangkan berdasarkan
    persetujuan Jawatankuasa.), kematian dan kos-kos lain yang difikirkan perlu dipertimbangkan dan adanya persetujuan daripada ahli-ahli Persatuan;
  • Untuk ahli-ahli Persatuan yang sah sahaja (termasuklah keluarga ahli dan saudara ahli)
  1. Khidmat kebajikan dari segi kebendaan atau tenaga;
    • Sekiranya ada ahli Persatuan yang memerlukannya dan difikirkan boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa;
    • Untuk ahli-ahli Persatuan yang sah sahaja.
  1. Khidmat kebajikan yang lain mungkin akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli Persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
Namun begitu, penubuhan Persatuan
ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian orang-orang Sabah kepada masyarakat lain di Malaysia. Dan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi, kebudayaan dan kesenian suku kaum Sabah yang berbilang budaya dan bangsa. Ianya melalui penganjuran:

  1. Pesta keramaian contohnya Pesta Menuai, Pesta Gawai dan pesta keramaian suku kaum Sabah yang begitu unik sekali dengan tradisi dan kesenian;
  1. Aktiviti-aktiviti atau program-program yang berkonsepkan kebudayaan dan kesenian orang Sabah contohnya karnival kebudayaan dan kesenian rakyat Sabah.




KAUNSELING & PSIKOLOGI
Akan diterbitkan kemudian...