Namun begitu, penubuhan Persatuan ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian orang-orang Sabah kepada masyarakat lain di Malaysia. Dan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi, kebudayaan dan kesenian suku kaum Sabah yang berbilang budaya dan bangsa. Ianya melalui penganjuran:

- Pesta keramaian contohnya Pesta Menuai, Pesta Gawai dan pesta keramaian suku kaum Sabah yang begitu unik sekali dengan tradisi dan kesenian;
- Aktiviti-aktiviti atau program-program yang berkonsepkan kebudayaan dan kesenian orang Sabah contohnya karnival kebudayaan dan kesenian rakyat Sabah.


